TRAINING

ATASI KEPANASAN

Pastikan prestasi anda tetap tinggi semasa musim panas. Lengkapkan diri, hubungi skuad dan kekalkan prestasi anda pada tahap optimum dengan petua-petua latihan yang disediakan untuk bulan-bulan yang lebih panas.

text

PERSEDIAAN ADALAH MUSTAHAK

Atlet paling gigih diwujudkan dalam keadaan paling sukar dan panas. Namun, sebelum gigih berusaha, pastikan badan anda turut bersedia agar mampu memberikan prestasi terbaik dalam keadaan panas untuk mengelakkan kelesuan dan kecederaan.

BADAN ANDA DENGAN CUACA PANAS

Cuaca panas boleh membawa kesan buruk pada tubuh badan dan minda. Tahap oksigen dan cecair dalam badan berkurangan secara drastik, dan ini boleh menyebabkan pencapaian prestasi yang rendah. Untuk menanganinya, penyesuaian diri kepada keadaan panas adalah perlu untuk membiasakan badan anda mengekalkan paras tanda-tanda vital.

Embedded-Image-1-DesktopDK

LAWAN KELESUAN

Latihan penyesuaian diri membantu mengekalkan stamina seseorang atlet dengan mengelakkan kelesuan akibat panas. Berlatih selalu dalam cuaca panas membantu badan anda membuat penyesuaian fisiologi untuk meningkatkan lagi kemampuan dan tahap daya tahan semasa beraksi dalam persekitaran yang lebih teruk.

BERSEDIA MENGHADAPI APA SAHAJA

CLIMACHILL melengkapkan anda untuk berlatih dalam cuaca panas dan menyediakan badan anda untuk melakukan aktiviti dalam keadaan ekstrem. Dengan teknologi pengurusan suhunya, CLIMACHILL memberikan kenyamanan serta-merta, peredaran udara yang maksimum serta mengelakkan kain basah daripada melekat pada badan untuk membantu anda meningkatkan lagi daya usaha anda, dan tahan lebih lama.

TINGKATKAN PENGHIDRATAN

Walaupun penghidratan (pengambilan air) sangat penting untuk semua sesi latihan, keperluannya semakin tinggi dalam keadaan bersuhu tinggi. Cubalah resipi-resipi ini untuk menggantikan cecair perlu dalam badan anda dan mengoptimumkan lagi senaman anda.

Embedded-Image-2-DesktopDKCitrus Fuel Juice
Mengandugi 66g CHO, 605 mg natrium, 1200 ml cecair
  • - Jus Lemon - Perahan sebiji lemon
  • - Jus Oren - 470 ml
  • - Air - 730 ml
  • - Madu - 10 ml
  • - Garam - 1.5g

Penyegar Air Kelapa
Mengandungi 75g CHO, 750 mg natrium, 1200 ml cecair
  • - Air Kelapa - 750ml
  • - Jus Buah Delima - 250 ml
  • - Air - 200 ml
  • - Jus Limau Nipis - Perahan sebiji limau nipis
  • - Garam - 1.5g
BELI SEKARANG

RUNTASTIC RESULTS

BINA PRESTASI ANDA DENGAN SENAMAN LUAR INI.
Seperti alam, peranan kami juga berterusan
Tidak kira cuacanya, kami berlatih bersama-sama. Lagi ramai orangnya. Lagi besar pengaruhnya. Kami sedia menampilkan kelainan.